Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Mufti Kerajaan terima kunjungan hormat

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Imam Support Chaplain (Flight Lieutenant) Abdul Kader dari Chaplains Centre Royal Australian Air Force Williams Australia yang berlangsung di Darulifta’ Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan (JMK).

    Dalam kunjungan tersebut, rombongan dari Australia dan Yang Berhormat Pehin telah berkongsi beberapa pandangan mengenai perkembangan agama Islam di kedua-dua buah negara.

    Di samping itu, mereka saling bertukar-tukar fikiran mengenai hubungan antara kedua-dua negara khasnya mengenai pendidikan dan sebagainya.

    Turut hadir semasa kunjungan tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Luke Arnold dan Penasihat Pertahanan Australia ke Negara Brunei Darussalam, Lieutenant Colonel Paul Sanderson.

    Imam Abdul Kader dalam rangka lawatan kerja dan kunjungan muhibah ke Negara Brunei Darussalam selama lima hari, dari 22 sehingga 26 April.

    Antara tujuan lawatan kerja beliau adalah untuk menghadiri acara Australian and New Zealand Army Corps (ANZAC) Dawn Service yang akan diadakan di Negara Brunei Darussalam pada 25 April.

    Yang Berhormat Mufti Kerajaan semasa menerima kunjungan hormat. – GAMBAR SERAHAN JMK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...