Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Napoli amuk pertahanan Ajax

    AMSTERDAM, 5 OKT – Napoli memberikan Ajax kekalahan terburuk di Liga Juara-Juara, awal pagi tadi, selepas membelasah pasukan dari Belanda itu 6-1 sekali gus mengekalkan permulaan sempurna di peringkat kumpulan buat pendahulu Serie A.

    Napoli bermain dengan memberikan tekanan dari bahagian hadapan dan tengah serta tidak memberikan ruang kepada Ajax untuk memulakan serangan dari bahagian pertahanan, ini memaksa pemain pertahanan Ajax berulang kali membuang bola, membuka banyak peluang untuk pasukan pelawat.

    Kekalahan itu memecahkan rekod keputusan terburuk Ajax di pentas Eropah, iaitu kekalahan 5-1 di tangan Bayern Munich pada 1980.

    “Ini merupakan perlawanan sukar, malam yang menyakitkan buat kami,” kata jurulatih Ajax, Alfred Schreuder.

    Napoli, yang merekodkan kemenangan terbesar di gelanggang lawan di Eropah, kini menjaringkan 13 gol dalam tiga perlawanan Kumpulan A di kempen Liga Juara-Juara.

    Aksi Giacomo Raspadori mengawal bola semasa pertemuan Napoli menentang Ajax di Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. – AP

    Pasukan kendalian Luciano Spalletti dibolosi pada awal minit permainan tetapi segera mengawal perlawanan di Johan Cruyff Arena.

    Napoli bermain tanpa penyerang Victor Osimhen kerana kecederaan dan digantikan oleh Giacomo Raspadori, yang menunjukkan persembahan hebat selepas menjaringkan dua gol di Liga Negara-Negara bulan lalu buat pasukan kebangsaan Itali ke atas England dan Hungary.

    “Kami sangat gembira, kami perlu meneruskan rentak seperti ini dan cuba untuk memperbaiki diri setiap hari,” Raspadori memberitahu Sky Sport.

    Sementara itu, ketua pasukan Ajax, Dusan Tadic berkata, “Hari ini, Napoli bermain lebih baik daripada kami.” Tadic dibuang padang pada minit ke-74 selepas menerima kad kuning kedua.

    Napoli berada di puncak Kumpulan A dengan mengumpul sembilan mata, tiga mata di hadapan Liverpool, yang berjaya menewaskan Rangers 2-0 awal pagi tadi. Manakala Ajax setakat ini mempunyai tiga mata. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...