Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    NASA batalkan misi perayau bulan

    WASHINGTON, 18 JULAI – NASA hari ini berkata bahawa ia membatalkan perayau bulan mencari airnya, memetik kos berlebihan dan penangguhan-penangguhan pelancaran.

    Perayau Viper itu sepatutnya dilancarkan pada akhir 2023 di atas kapal pendarat yang disediakan oleh Astrobotic Technology, tetapi ujian tambahan dan peningkatan kos terus melambatkan misi itu, mengancam projek-projek lain, kata agensi angkasa lepas tersebut.

    Perayau itu bertujuan untuk meneroka kutub selatan bulan. Kira-kira AS$450 juta telah dibelanjakan setakat ini untuk pembangunannya, kata NASA.

    Pengumuman itu dibuat beberapa hari sebelum ulang tahun ke-55 misi Apollo 11, yang mendaratkan Neil Armstrong dan Buzz Aldrin di bulan pada 20 Julai 1969. NASA berkata ia merancang untuk mengkaji kehadiran ais bulan melalui projek-projek lain.

    Astrobotic masih merancang untuk menerbangkan pendarat bulan Griffin – tanpa perayau – menjelang akhir tahun depan. Pelancaran roket ke bulan pertama syarikat itu berakhir dengan kegagalan pada Januari lalu dengan kejatuhan berapi di Pasifik Selatan. – AP

    Foto yang disediakan oleh NASA menunjukkan kenderaan Viper (Volatiles Investigating Polar Exploration) di Pusat Angkasa Johnson di Houston pada 7 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda