Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Neymar pasang niat bermain di AS

    SAO PAULO, 22 FEB – Neymar berharap untuk bermain di Amerika Syarikat (AS) suatu hari nanti, lebih daripada dia mahu kembali ke Brazil.

    Penyerang berusia 30 tahun itu baru-baru ini menyambung kontraknya bersama Paris Saint-Germain (PSG) hingga 2025.

    “Saya tidak tahu sama ada saya akan bermain di Brazil sekali lagi. Saya mempunyai keinginan untuk bermain di AS. Sekurang-kurangnya satu musim,” Neymar memberitahu podcast Fenomenos dalam video yang disiarkan lewat Ahad lalu.

    “Di Brazil, saya tidak tahu. Kadang-kadang saya mahukannya, kadang-kadang tidak,” tambah Neymar.

    Penyerang itu secara bergurau berkata dia mahu bermain di AS, “Kerana kejuaraan adalah lebih singkat, jadi ada empat bulan cuti. Itulah cara awda boleh bermain di sana selama bertahun-tahun.”

    Apabila ditanya sama ada dia merancang untuk bersara, Neymar berkata dia bergurau dengan rakan-rakannya mengenai persaraan pada usia 32 tahun.

    “Saya akan bermain sehingga saya letih dari segi mental. Jika saya sihat di kepala dan badan saya, badan saya akan bertahan beberapa tahun lagi, tetapi minda perlu kekal sihat. Tetapi tidak ada umur tertentu.”

    Neymar juga menganggap pasukan kebangsaan Brazil ‘sangat jauh daripada peminat Brazil’.

    “Saya tidak tahu mengapa, bila ia bermula, mengapa ia berlaku, tetapi saya melihatnya dalam perlawanan kami. Orang ramai tidak bercakap mengenainya, tidak tahu bila kita bermain. Itu teruk,” kata penyerang itu. – AP

    Neymar berharap untuk bermain di Amerika Syarikat (AS) suatu hari nanti. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...