Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Norway gesa pembiayaan UNRWA disambung semula

    OSLO, 24 APRIL – Norway, selaku pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Ad Hoc (AHLC), kumpulan penderma antarabangsa untuk Palestin, menggesa negara yang telah menghentikan pembayaran kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) untuk meneruskan pembiayaan mereka.

    Dalam kenyataan kelmarin, Menteri Hal Ehwal Luar Norway, Espen Barth Eide, mengalu-alukan hasil kajian bebas mengenai UNRWA, lapor agensi berita Palestin, WAFA.

    “Saya mengalu-alukan laporan Suruhanjaya Siasatan Bebas, yang dipengerusikan oleh bekas Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna, mengenai pengendalian UNRWA terhadap isu berkecuali,” kata menteri Eide.

    “Saya gembira bahawa laporan itu menggariskan bahawa UNRWA mempunyai prosedur yang baik untuk memastikan berkecuali dan organisasi itu berfungsi selaras dengan prinsip kemanusiaan,” katanya.

    “Saya sangat gembira negara seperti Australia, Kanada, Finland, Jerman, Iceland, Jepun dan Sweden telah membatalkan keputusan mereka dan menyambung semula pembiayaan kepada UNRWA,” kata Eide dalam satu kenyataan.

    Norway adalah satu daripada beberapa penderma utama yang mengekalkan pembiayaannya kepada UNRWA walaupun terdapat dakwaan yang dibuat oleh Israel terhadap agensi itu. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 12 September 2023 menunjukkan kanak-kanak Palestin yang melarikan diri bersama ibu bapa dari rumah mereka di kem pelarian Palestin Ein el-Hilweh, berkumpul di halaman belakang sekolah UNRWA, di Sidon, Lubnan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...