Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Qatar masih komited jadi pengantara Hamas-Israel

    ISTANBUL, 24 APRIL – Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza, lapor agensi Anadolu (AA).

    Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed al-Ansari berkata kelmarin Doha sedang menilai semula peranannya sebagai pengantara tetapi kecewa dengan kenyataan negatif baru-baru ini mengenai peranan Qatar sebagai orang tengah dalam rundingan berkenaan Gaza.

    “Qatar komited untuk memainkan peranannya sebagai orang tengah antara Hamas dan Israel. Kami amat kecewa dengan kenyataan sedemikian, terutamanya daripada pegawai Israel yang biasa dengan usaha perantaraan dan kerja-kerja kemanusiaan kami di Gaza.”

    “Masih awal untuk menyatakan pengunduran Qatar daripada peranan menjadi orang tengah,” katanya dalam satu sidang media.

    Al-Ansari berkata Qatar komited kepada peranan ini dan akan membuat keputusan dalam masa paling sesuai.

    Beliau memuji sokongan Turkiye kepada Qatar selaku pengantara, menekankan Turkiye adalah satu daripada negara utama rantau ini yang menyokong usaha perantaraan di Gaza. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...