Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Olivia Munn buang peranakan?

    Pelakon Amerika, Olivia Munn mengambil keputusan menjalani prosedur histerektomi bagi membuang sistem peranakan seperti rahim, tiub falopio dan ovarinya selepas disahkan menghidap kanser payudara tahun lalu.

    Olivia, 44, berkata, dia mengambil langkah drastik itu sebagai salah satu cara mengurangkan risiko kanser berkenaan merebak ke bahagian peranakannya.

    Melakukan prosedur berkenaan pada April lalu, Olivia berkata ia merupakan alternatif kepada ubat rawatan kanser yang menyebabkan kesan sampingan.

    Bercakap menerusi temu bual eksklusif bersama majalah Vogue, Olivia menganggap ia keputusan paling terbaik pernah dilakukan.

    “Saya buang rahim, tibu falipio dan ovari, kesemuanya! Ia keputusan terbaik pernah saya buat,” katanya memetik laporan mStar.

    Dalam pada itu, Olivia berkata, histerektomi meningkatkan kualiti hidupnya walaupun dia tidak dapat mengandung jika ingin memiliki cahaya mata.

    Namun katanya, dia sempat membekukan telurnya sebelum menjalani prosedur berkenaan dan akan menggunakan kaedah ibu tumpang jika dia dan suami iaitu pelawak Johan Mulaney ingin mendapatkan cahaya mata. Pelakon itu disahkan menghidap kanser pada Mac tahun lalu dan sel barah didapati sudah merebak ke dua-dua belah payudaranya.

    Olivia dan Mulaney yang mula menjalinkan hubungan sejak 2021 mempunyai seorang cahaya mata iaitu Malcom berusia tiga tahun. – Agensi

    Olivia sudah tidak boleh mengandung selepas menjalani prosedur histerektomi. – www.tatlerasia.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda