Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Onana sertai Aston Villa

    LONDON, 23 JULAI – Aston Villa menandatangani pemain tengah Belgium, Amadou Onana, dari Everton dalam perjanjian bernilai £50 juta (A$64 juta), kelmarin.

    Onana bersetuju dengan kontrak selama lima tahun dengan Villa, yang mencari pengganti Douglas Luiz selepas perpindahan pemain Brazil itu ke Juventus.

    Pemain berusia 22 tahun itu gagal memberi impak di Everton selepas tiba dari Lille dua tahun lalu.

    Tetapi, selepas bersaing untuk Belgium di Euro 2024, Onana telah diberi peluang untuk menghidupkan semula kariernya di Liga Perdana oleh Pengurus Villa, Unai Emery.

    “Aston Villa dengan sukacitanya mengumumkan perpindahan Amadou Onana dari Everton,” kata kelab itu di laman web mereka.

    Onana mewakili pasukan Belgium sebanyak 17 kali dan 72 penampilan untuk Everton dengan menjaringkan empat gol.

    Dia menyertai Villa dengan kelab itu memasuki kempen Liga Juara-Juara pertama mereka sejak 1983 selepas menamatkan musim lalu di tempat keempat dalam Liga Perdana.

    Setakat ini Emery telah pun menandatangani Ross Barkley dari Luton; dua pemain Juventus, Samuel Iling-Junior dan Enzo Barrenechea; Cameron Archer dari Sheffield United; Ian Maatsen dari Chelsea; bekas pemain sayap Hull, Jaden Philogene; dan Lewis Dobbin dari Everton. – AFP

    Aston Villa telah menandatangani Onana dari Everton pada 22 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda