Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ong C Thiam menang hadiah utama

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Ong C Thiam berjaya membawa pulang hadiah utama berupa MINI Cooper elektrik serba baharu pada majlis penyampaian hadiah utama kedua kempen Ulang Tahun ke-30 Bank Baiduri di Ibu Pejabat Bank Baiduri, kelmarin.

    Ong, yang diwakili Ong Chee Mang telah menerima hadiah tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif Baiduri, Ti Eng Hui.

    Sementara itu, Yap Kim Gin memenangi hadiah berupa pakej percutian tujuh hari enam malam untuk dua orang ke Turkiye dan Lim Lian Eng menerima pelaburan bernilai $10,000 yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna, Manuel Bulens.

    Terdahulu acara dimulakan dengan Ketua Perbankan Runcit, Lim Kian Chiong menyampaikan pelbagai hadiah bonus kepada pemenang pusingan pertama, termasuk barangan seperti mesin kopi Nespresso Inissia dengan milk frother Aeroccino3, pengering rambut Dyson Airwrap dan Dyson Supersonic serta penapis air Cuckoo Warrior.

    Menggambarkan sumbangan besar selama tiga dekad kepada pembangunan Brunei, kempen ulang tahun ke-30, With You Through Every Chapter itu, bertujuan menghargai kesetiaan para pelanggan sambil memperingati perjalanan mereka bersama Bank Baiduri.

    Kempen yang bermula dari 1 April hingga 30 September ini mempelawa pelanggan menyertai cabutan hadiah utama sama ada dengan mendaftar untuk produk yang layak atau meningkatkan simpanan mereka dengan Bank Baiduri. Kempen ini menawarkan peluang kepada lebih ramai pelanggan untuk mengubah impian mereka menjadi realiti melalui tiga cabutan hadiah utama yang menarik.

    Cabutan hadiah utama terakhir menawarkan kereta BMW iX1 sebagai hadiah utama, diikuti pelaburan bernilai $10,000 dalam Baiduri Prime Saver, Unit Trust atau Exchange Traded Fund (ETF) sebagai hadiah kedua dan hadiah ketiga percutian untuk dua orang ke Afrika Selatan selain hadiah bonus tambahan termasuk gajet premium eksklusif.

    Acara tersebut dihadiri oleh pihak pengurusan Bank Baiduri, para pemenang dan ahli keluarga mereka.

    Para pemenang bergambar ramai bersama hadiah yang dimenangi. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda