Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan suami isteri ditahan, didakwa mengintip untuk Rusia

    SYDNEY, 12 JULAI – Polis Australia telah mendakwa pasangan suami isteri kelahiran Rusia dengan tuduhan mengintip untuk Moscow, menurut pegawai tertinggi polis hari ini.

    Pasangan tersebut didakwa mengakses maklumat berkaitan keselamatan negara dari pihak tentera.

    Wanita berusia 40 tahun, Kira Korolev, dan suaminya Igor, 62 tahun, yang kedua-duanya memegang pasport Rusia, menetap di Australia selama lebih 10 tahun dan memperoleh kewarganegaraan, kata pihak berkuasa.

    Mereka ditahan di rumah mereka di Brisbane kelmarin dan didakwa atas kesalahan ‘menyediakan untuk melakukan kesalahan pengintipan’, kata Pesuruhjaya Polis Persekutuan, Reece Kershaw, dalam satu sidang media. Tuduhan tersebut membawa hukuman maksimum penjara selama 15 tahun.

    Menurut Kershaw, wanita yang didakwa adalah seorang pegawai rendah dalam pasukan pertahanan Australia dan telah bekerja di sana selama beberapa tahun sebagai juruteknik sistem maklumat. Semasa dalam cuti panjang dari tentera, dia mengambil perjalanan ‘tidak diisytiharkan’ ke Rusia.

    Semasa di Rusia, dia didakwa memberitahu suaminya, seorang buruh bebas, cara untuk log masuk ke akaun rasminya di rumah. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda