Tuesday, September 17, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Patricia dilantik sebagai presiden baharu RCB

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 9 SEPT – Patricia Bong telah dilantik sebagai presiden baharu Kelab Rotary Belait (RCB) semasa majlis pelantikan bagi tahun fiskal 2024-2025 yang berlangsung di sebuah restoran di Seria, kelmarin.

    Majlis itu disaksikan bukan sahaja oleh ahli RCB, malah turut menjemput ahli Rotary dari Kelab Rotary Bandar Seri Begawan, Kelab Rotary Miri dan Kelab Rotary Bintulu.

    “Saya ingin mengingatkan diri kita semua tentang misi kelab untuk memberi kembali kepada masyarakat melalui projek-projek yang sedang dijalankan. Saya percaya kita akan dapat mencapai lebih banyak lagi sebagai presiden awda,” kata Patricia.

    Beliau juga menyatakan penghargaan yang tulus kepada presiden yang akan berundur, Helen Tang atas bimbingannya sepanjang tahun ini, sambil menyatakan kepimpinan baharu yang segar akan terus komited kepada matlamat dan nilai-nilai yang dikongsi bersama.

    Untuk merasmikan pelantikan itu, Helen menyerahkan pin kelab kepada presiden baharu dilantik, yang kemudiannya menyerahkan pin jawatan kepada ahli lembaga pengarah yang lain.

    Manakala itu, beberapa peranan penting telah diberikan termasuk Helen kini memegang tugasan sebagai naib presiden; Agnes Hwong sebagai setiausaha kelab; dan Patrick Lai sebagai bendahari kelab.

    Kelab itu turut meraikan ulang tahun ke-58 mereka dengan majlis memotong kek.

    Ahli kelab RCB semasa meraikan ulang tahun ke-58 pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda