Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    PBB: Pelarian Ukraine mencecah 2 juta orang

    GENEVA, 8 MAC – Lebih daripada dua juta orang melarikan diri dari Ukraine sejak Rusia melancarkan serangan besar-besarannya kurang daripada dua minggu lalu, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

    “Hari ini aliran keluar pelarian dari Ukraine mencecah dua juta orang,” kata ketua pelarian PBB, Filippo Grandi dalam laman Twitternya.

    Sejak 24 Februari lalu, sebanyak 2,011,312 orang telah melarikan diri dari negara yang dilanda perang tersebut ke negara jiran, kata agensi pelarian PBB, UNHCR.

    Poland sahaja telah menerima hampir separuh daripada semua yang melarikan diri dari Ukraine, dengan angka yang diumumkan hari ini menunjukkan bahawa 1.2 juta telah menyeberang ke negara tersebut dalam tempoh 13 hari yang lalu.

    Sementara itu, Hungary telah menerima hampir 191,350 orang, Slovakia menerima seramai 140,745 dan Rusia pula telah menyaksikan 99,3000 orang yang berpindah dari Ukraine, menurut maklumat yang ditunjukkan.

    Moldova dan Romania, masing-masing telah menerima lebih daripada 82,000 pelarian, menurut maklumat yang dikumpulkan pada Ahad lalu, lebih daripada 210,000 orang melarikan diri ke negara-negara jiran telah berpindah ke negara Eropah yang lain, menurut maklumat dari UNHCR. Pada Ahad lalu, Grandi berkata bahawa perang di Ukraine menyebabkan lonjakan krisis pelarian di Eropah sejak Perang Dunia kedua.

    “Ia tidak berhenti,” katanya semasa sidang akhbar di Oslo hari ini selepas lawatan ke Moldova, Poland dan Romania.

    Sebagai perbandingan, Grandi berkata bahawa perang Balkan di Bosnia dan Kosovo menyaksikan berkemungkinan dua hingga tiga juta orang, tetapi dalam tempoh lapan tahun.

    Sementara itu, bahagian dunia yang lain telah melihat perkara ini, tambahnya. “Di Eropah, ia adalah kali pertama sejak Perang Dunia kedua,” katanya. – AFP

    Lebih daripada dua juta pelarian dicatatkan setakat ini melarikan diri ke negara jiran seperti Poland, Hungary, Slovakia dan negara-negara Eropah lainnya disebabkan oleh krisis antara Ukraine dan Rusia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...