Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pegatron gantung pengeluaran iPhone

    BEIJING, 13 APRIL – Pengeluar utama iPhone, Pegatron telah menghentikan operasinya di dua anak syarikat di bandar Shanghai dan Kunshan, China, ketika rantaian bekalan global terasa kesan daripada langkah ketat sifar COVID yang dilaksanakan Beijing.

    Hab perniagaan Shanghai telah menjadi pusat penularan terbesar COVID di China sejak virus dikesan lebih dua tahun lalu.

    Bandar yang mempunyai 25 juta penduduk itu kekal ditutup sepenuhnya sejak awal bulan.

    “Kami telah menggantung operasi buat sementara waktu ini,” kata Pegatron dalam fail dikemukakan di Pasaran Saham Taiwan kelmarin.

    Syarikat Taiwan itu berkata ia ‘bekerjasama secara aktif dengan pihak berkuasa tempatan’ dan akan menyambung semula operasi secepat mungkin.

    Pegatron menghentikan operasinya di bandar Shanghai dan Kunshan yang terkesan daripada langkah ketat sifar COVID dilaksanakan di Beijing.

    Penggantungan tersebut dikenakan ke atas dua subsidiarinya, di Shanghai dan bandar berhampiran Kunshan.

    Arahan terus berada di rumah dan peraturan ujian ketat telah menjejaskan rantaian bekalan di dalam dan seluruh Shanghai, tempat bagi pelabuhan kontena paling sibuk di dunia dan laluan penting bagi perdagangan asing.

    China melaporkan hampir 28,000 kes tempatan hari ini, sebahagian besar daripadanya di Shanghai.

    Kebanyakan kilang terpaksa menghentikan operasi ketika kes meningkat, sementara sebahagian kakitangan tinggal di tempat kerja selepas perniagaan bergelut untuk beroperasi.

    Penggantungan Pegatron menandakan cabaran terbaharu kepada Apple, yang menyaksikan gangguan di kilang pemasangan pembekal lain dalam beberapa bulan kebelakangan, ketika bandar-bandar China bergelut untuk membendung penularan wabak.

    Pada Mac, satu lagi pembekal utama, Foxconn menghentikan operasi di hab teknologi China di Shenzhen.

    Foxconn telah ‘menyambung semula operasi penting’ di Shenzhen pada akhir Mac, menurut syarikat berkenaan.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...