Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai kerja sosial perubatan di Sabah tidak mencukupi

    KOTA KINABALU, 28 OGOS – Bilangan pegawai kerja sosial perubatan (PKSP) di Sabah tidak mencukupi untuk menangani masalah pesakit yang memerlukan intervensi lanjut bagi mencapai kefungsian sosial optimum, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata Sabah hanya mempunyai 28 PKSP yang berkhidmat di seluruh negeri merangkumi hospital, hospital pakar utama dan minor, hospital tanpa pakar serta hospital institusi.

    Hajiji berkata Sabah adalah sebuah negeri yang besar justeru, penduduk di pedalaman khususnya berdepan beberapa halangan dalam kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan disebabkan faktor geografi, kemudahan pengangkutan dan keadaan sosioekonomi keluarga.

    “Hanya terdapat 28 PKSP bagi mengendalikan kes-kes yang dirujuk untuk bantuan psikososial dan kewangan bagi pembelian peralatan dalam memenuhi keperluan rawatan.

    “Sudah tentu jumlah ini tidak mencukupi,” katanya ketika merasmikan Persidangan PKSP Malaysia ke-27 yang bertema ‘Keharmonian Hidup: Transformasi Masa Depan Bersama’ hari ini.

    Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. – Bernama

    Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hajiji selepas selesai mempengerusikan mesyuarat pre-council Malaysia di Negara Brunei Darussalam pada 25 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda