Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pembayaran pencen melalui kaunter

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan melaksanakan pembayaran Pencen Perkhidmatan dan Pencen Turunan melalui kaunter (Walk-In) bagi April 2024.

    Pembayaran pencen perkhidmatan dan pencen turunan secara kaunter bagi Daerah Brunei dan Muara akan dilaksanakan di Kaunter Bahagian Hasil, Tingkat 1, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, pada 25 April bermula pukul 7:30 pagi hingga 3:30 petang.

    Manakala itu, pembayaran pencen perkhidmatan dan pencen turunan bagi Daerah Tutong, Belait dan Temburong akan dilaksanakan di Kaunter Pejabat, Cawangan Jabatan Perbendaharaan di daerah-daerah berkenaan, pada 25 April bermula pukul 7:30 pagi hingga 3:30 petang.

    Pembayaran pada hari-hari berikutnya iaitu sehingga 8 Mei adalah pada pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan pukul 1:30 petang hingga pukul 3:30 petang di kesemua cawangan / waktu pejabat di keempat-empat daerah.

    Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan, mereka boleh menghubungi talian-talian yang telah disediakan iaitu 2380822 / 2383469 atau melayari laman sesawang, www.mofe.gov.bn

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...