Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Edry enggan tegur soal vokal peserta ‘The Hardest Singing Show’

    Penyanyi dan komposer Malaysia, Edry Abdul Halim meletakkan harapan tinggi terhadap sembilan peserta progam The Hardest Singing Show yang bakal berentap bermula 12 Mei depan.

    Memetik laporan mStar, Edry yang juga juri program berkenaan mahu melihat persembahan kesemua peserta sekurang-kurangnya bertaraf Anugerah Grammy dan yakin mereka mampu melakukannya.

    “Saya mengharapkan persembahan bertaraf Grammy bakal ditunjukkan setiap minggu oleh semua peserta.

    “Ini bukan pertandingan amatur yang mana mereka baru mula belajar tentang nada dan juri tak perlu lagi persoalkan nyanyian mereka.

    “Saya anggap ini sebagai ‘Champion League’ kerana kita hanya pertandingkan yang terbaik sahaja untuk rebut gelaran juara,” katanya kepada mStar.

    Edry berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program berkenaan yang berlangsung pada petang Selasa.

    Selain Edry, 47, dua lagi juri yang bakal menilai persembahan peserta adalah Zizan Razak dan Datuk Rossa.

    Dalam pada itu, Edry mahu peserta memberikan keutamaan kepada elemen seni persembahan supaya memenuhi konsep kreativiti luar limitasi yang ditonjolkan menerusi program tersebut.

    “Kita ada kru produksi, pentas, barisan pemuzik yang hebat dan jangan lupa satu elemen penting iaitu seni persembahan.

    “Kita mahu lihat kebijaksanaan mereka menggunakan pentas, saya percaya semua ada pasukan yang kuat di belakang mereka,” ujarnya.

    Edry turut menjelaskan kehadirannya sebagai juri bukanlah untuk menjatuhkan namun mahu memberi bimbingan secara profesional.

    “Izinkan saya untuk melakukan tugas saya nanti, sama ada saya dah kenal atau tidak untuk membuat teguran secara profesional.

    “Bukan untuk mengkritik atau menjatuhkan maruah masing-masing tetapi untuk membina lagi bakat yang sedia ada,” katanya.

    Sembilan orang peserta akan berentap merebut gelaran juara termasuklah Datin Alyah, Aisha Retno, Stacy, Ayda Jebat dan Epul Roza.

    Turut bertanding adalah kumpulan De Fam, Zizi Kirana, Kaka Azraff dan Putera Mohammad.

    Ia bakal dihoskan oleh Rina Nose dan Nabil Ahmad.

    The Hardest Singing Show bakal bersiaran setiap Ahad pada pukul 9 malam di Astro Ria bermula 12 Mei depan. – Agensi

    Edry (kiri) terlibat sebagai juri profesional dalam The Hardest Singing Show. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...