Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembebasan pemimpin pelajar gagal redakan bantahan di Bangladesh

    DHAKA, 2 OGOS – Demonstrasi di Bangladesh menuntut keadilan bagi mangsa pergolakan di seluruh negara dan tindakan keras polis, selepas pembebasan pemimpin protes gagal meredakan kemarahan orang ramai.

    Perhimpunan pelajar menentang kuota pekerjaan perkhidmatan awam mencetuskan kekacauan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 206 orang bulan lalu, menurut kiraan AFP berdasarkan data polis dan hospital.

    Keganasan itu adalah antara yang paling teruk dalam tempoh 15 tahun pemerintahan Perdana Menteri Sheikh Hasina, dan tindakan pasukan keselamatan kerajaannya mencetuskan perasaan dendam yang meluas di dalam negara dan kritikan antarabangsa
    di luar negara.

    Sehari selepas polis membebaskan enam anggota tertinggi kumpulan yang menganjurkan protes awal, pemimpin-pemimpinnya menggesa rakan senegara mereka untuk kembali ke jalanan mengadakan protes.

    “Kami mahukan keadilan untuk pembunuhan saudara-saudara kami,” kata Students Against Discrimination dalam satu kenyataan. – AFP

    Penunjuk perasaan berhimpun untuk menuntut keadilan bagi mangsa yang ditangkap dan dibunuh dalam keganasan di seluruh negara baru-baru ini di Dhaka pada 1 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda