Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penang FC terus beraksi cemerlang

    GEORGE TOWN, 2 OGOS – Kemenangan sulung 3-0 di laman sendiri ketika menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC nyata amat bermakna dan memberi motivasi lebih tinggi buat pasukan Penang FC untuk terus mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan akan datang.

    Tiga mata berharga dikutip semalam itu juga cukup melegakan terutama penyokong yang telah lama menantikan persembahan bertenaga daripada pasukan itu selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut.

    Ketua jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhili berkata kejayaan dilakar di Stadium Bandaraya malam tadi turut dilihat penting kerana tidak mahu terus ketinggalan mata dan ia boleh menjejaskan kedudukan dalam saingan liga.

    “Sebelum perlawanan, saya beritahu semua pemain bahawa kita belum dapat jaringkan gol musim ini di Stadium Bandaraya, jadi pemain ambil tanggungjawab itu dan berjaya mendapatkan kemenangan.

    “Saya berpuas hati dengan persembahan ditunjukkan setiap pemain dan lebih penting tiga jaringan dihasilkan dan buat kali keempat kita tidak bolos. Saya harap kemenangan malam ini menjadi motivasi terbaik untuk kita terus bersaing dengan pasukan-pasukan yang lebih besar selepas ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan tamat. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda