Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengambilalihan pelabuhan tidak beri kesan kepada pendapatan kerajaan Persekutuan

    KUALA LUMPUR, 29 JULAI – Pengambilalihan pemilikan Pelabuhan Bintulu oleh kerajaan Sarawak tidak akan menyebabkan sebarang perubahan kepada hasil pendapatan kerajaan Persekutuan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.

    Hasbi berkata ini kerana entiti yang akan mengambil alih pengurusan dan pengoperasian Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) akan terus menyumbang hasil kepada kerajaan Persekutuan melalui pembayaran cukai.

    Beliau turut memberi jaminan bahawa pengambilalihan tersebut juga tidak akan memberi kesan kepada tenaga kerja Pelabuhan Bintulu yang rata-rata merupakan petugas tempatan berkemahiran tinggi.

    “Pekerja yang sama dengan kemahiran masing-masing akan meneruskan pelaksanaan pengoperasian, (pelabuhan tersebut),” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 di Dewan Negara hari ini.

    RUU yang bertujuan memansuhkan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 dan membubarkan Lembaga Pelabuhan Bintulu tersebut kemudian diluluskan Dewan Negara dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan lapan senator. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda