Sunday, May 5, 2024
22.5 C
Brunei

    -

    Pengembara tidak divaksin perlu jalani kuarantin

    KUALA LUMPUR, 9 MAC – Bermula 1 April, semua pengembara yang memasuki negara ini namun tidak mendapat vaksinasi lengkap atau tidak menerima vaksinasi perlu menjalani kuarantin selama lima hari.

    Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata selepas melengkapkan tempoh itu, individu berkenaan perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

    “Contohnya mereka tak boleh makan di restoran sehingga dapat vaksin lengkap,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini.

    Khairy berkata bagi pengembara yang dikecualikan daripada menerima vaksinasi atas faktor kesihatan, mereka perlu memuat naik bukti pengecualian yang diberikan pegawai perubatan ke dalam aplikasi MySejahtera.

    Sementara itu, Khairy berkata pengembara kanak-kanak dan remaja berumur 17 tahun ke bawah, tanpa mengira status vaksinasi, tidak perlu menjalani kuarantin, sebaliknya perlu lakukan ujian COVID-19 RTK (Ag) dalam tempoh 24 jam selepas tiba di negara ini.

    Beliau berkata tempoh kuarantin bagi pengembara lengkap vaksinasi yang sampai ke Malaysia sebelum April adalah tertakluk kepada protokol sebelum ini dan hanya akan tamat pada 1 April.

    “Sekiranya pengembara mula menjalani kuarantin pada 29 Mac, tidak perlu seminggu, perintah kuarantin individu berkenaan tetap akan tamat pada 1 April ini (sebaik sahaja tarikh peralihan itu berkuat kuasa),” katanya.

    Khairy pada sidang media itu turut melancarkan portal https://covidprotocol.moh.gov.my/ yang mempunyai protokol individu semasa berkaitan COVID-19. – Bernama

    Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaludin (kanan) mengadakan sidang media di Bangunan Parlimen, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...