Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyamun serang polis di Pakistan, 12 terbunuh

    LAHORE, PAKISTAN, 23 OGOS – Angka kematian akibat serangan penyamun di Pakistan ke atas polis telah meningkat kepada 12 orang selepas salah seorang pegawai yang cedera meninggal dunia di sebuah hospital di wilayah timur Punjab ketika polis memburu penyamun yang dipercayai dalang dalam serangan itu, kata pegawai-pegawai hari ini.

    Serangan kelmarin dengan menggunakan senjata api dan bom tangan itu turut mencederakan lapan pegawai.

    Ia berlaku di kawasan Kacha di daerah Rahim Yar Khan, yang terkenal dengan tempat persembunyian di sepanjang Sungai Indus di mana ratusan penyamun bersenjata berat mengelak daripada diburu polis.

    Ketua Polis Punjab, Usman Anwar berkata bahawa polis telah membunuh seorang ketua penyamun yang dipercayai dalang dalam serangan itu, Bashir Shar, dan mencederakan lima yang lain, ketika mereka mengejar kumpulan itu.

    Menteri Dalam Negeri, Mohsin Naqvi, Anwar dan pegawai-pegawai lain menghadiri pengebumian pegawai-pegawai yang terbunuh hari ini.

    Dalam satu kenyataan, Anwar berkata bahawa operasi memburu penyamun berkenaan masih diteruskan, dan ia akan diteruskan sehingga penyamun terakhir dihapuskan di wilayah itu. – AP

    Orang ramai meletakkan kalungan bunga pada keranda pegawai-pegawai polis, yang terbunuh dalam serangan hendap lelaki bersenjata ke atas konvoi polis, semasa upacara pengebumian, di Rahim Yar Khan, Pakistan, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda