Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perayaan Aidilfitri erat hubungan kekeluargaan

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 12 APRIL – Semarak perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan kelmarin telah memberikan peluang bagi rakyat di seluruh negara serta dari luar negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing dan berkumpul bersama keluarga tercinta.

    Kehangatan suasana Aidilfitri itu dapat disaksikan oleh salah sebuah keluarga yang turut meraikannya dengan penuh meriah di kediaman Awang Hasnaain bin Ismail yang menetap di Lorong Tiga Selatan Seria, Daerah Belait yang mengambil kesempatan itu untuk menyambut kedatangan sanak saudaranya yang datang dari jauh bagi berkunjung ke rumahnya.

    Dalam kesempatan itu juga pihak media sempat menemu bual Awang Hasnaain, di mana beliau menyatakan bahawa suasana perayaan tahun ini terasa lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

    “Dulu, kami biasa menghantar ucapan melalui kad, tapi sekarang, kami boleh menyampaikan ucapan melalui media sosial serta aplikasi video dan pesanan,” kata Awang Hasnaain sambil mengimbau kembali perayaan pada masa kecilnya.

    Suasana yang penuh kemesraan itu ditambah lagi dengan sajian hidangan buatan sendiri oleh keluarga Awang Hasnaain yang menceriakan setiap tetamu yang berkunjung ke rumahnya.

    Awang Hasnaain semasa menyambut kedatangan sanak saudaranya yang datang dari jauh bagi berkunjung ke rumahnya. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Suasana yang penuh kemesraan pada 1 Syawal dapat disaksikan di kediaman Awang Hasnaain. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda