Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    BIBD gema suasana Aidilfitri

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), baru-baru ini, telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya BIBD ALAF untuk menyemarakkan lagi semangat Hari Raya Aidilfitri dalam kalangan pelajar-pelajar BIBD ALAF dan keluarga serta pihak berkepentingan lain yang berkaitan.

    Majlis yang berlangsung di Bangunan PGGMB Bandar Seri Begawan itu dihadiri pelajar-pelajar ALAF dan keluarga, pegawai-pegawai kanan kerajaan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Pendidikan, pihak pengurusan kanan BIBD, pasukan petugas BIBD ALAF yang terdiri daripada ahli-ahli dari Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam (JPI), KHEU serta pihak berkepentingan lain yang berkaitan.

    Hadir selaku tetamu khas ialah Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani selaku Pengerusi Badan Penasihat Syariah BIBD. Turut hadir ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Badan Penasihat Syariah BIBD.

    Acara tersebut merupakan bukti usaha berterusan BIBD untuk menyokong pembangunan pendidikan dan pemerkasaan generasi muda Brunei melalui program BIBD ALAF.

    BIBD ALAF menyediakan bantuan kewangan, bimbingan, dan latihan kepada pelajar yang kurang bernasib baik di negara ini, membantu mereka untuk mengejar impian mereka dan membina masa depan yang lebih cerah.

    Program tersebut merupakan salah satu daripada banyak usaha pembinaan komuniti bank dan merupakan sebahagian daripada komitmen BIBD untuk menegakkan Maqasid Al-Syariah dan sokongan ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.

    Profesor Madya Dr Abdul Nasir bergambar kenangan semasa majlis tersebut.– GAMBAR SERAHAN BIBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...