Wednesday, May 22, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Tradisi pelita warnai sambutan Aidilfitri

    MALAYSIA – Tradisi menyalakan pelita (lampu minyak) semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri mempunyai kepentingan budaya yang mendalam di Malaysia.

    Dalam kalangan masyarakat Melayu, ia melambangkan semangat yang menggembirakan apabila bulan Ramadan semakin hampir dan perayaan telah disambut.

    Di kawasan luar bandar dan pinggir bandar, pelita panjut (lampu minyak diperbuat daripada buluh) adalah perkara biasa, dinyalakan dan diletakkan di tepi jalan pada waktu malam, untuk menyambut ahli keluarga yang pulang dari bandar untuk bercuti balik kampung.

    Selain itu, ada juga yang meletakkan lampu itu di halaman rumah mereka, serta masjid dan surau.

    Di tempat lain seperti Jertih, Terengganu, beberapa individu masih menggunakan pelita kekabu, sejenis lampu yang diperbuat daripada biji benih pokok kapuk.

    Walau bagaimanapun, di kawasan bandar, tradisi itu telah berubah menjadi moden, di mana orang ramai menggunakan lampu hiasan.

    Beberapa penduduk bandar lebih kreatif dengan mengadakan tema tertentu pada paparan lampu mereka, yang mungkin merangkumi lambang kebangsaan.

    Sebilangan pemilik rumah yang ingin lebih mesra alam turut memanfaatkan tenaga solar untuk tujuan tersebut bagi menggantikan pelita. – ANN/The Star

    Pemasangan pelita gergasi yang bersinar di Kampung Ribu, Padang Rengas di Perak, dipasang menggunakan 1,850 ‘pelita panjut’, hasil usaha persatuan peminat tempatan. – ANN/The Star
    Mohd Yusmardi Mohd Yunos, 31, menyalakan lampu minyak berhampiran rumahnya di Labuan sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri. – ANN/The Star
    Kanak-kanak bermain dengan bunga api berhampiran lampu hiasan berkuasa solar di Kampung Sri Langkas, Puchong di Selangor. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...