Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Sambutan raya erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 9 MEI – Bagi mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lumut II telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri kelmarin yang telah diadakan di Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC).

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG, Adeleye Falade, dan telah dialu-alukan oleh Pengerusi Majlis dan Ketua Kampung Lumut II, Haji Khairdon bin Haji Dahlan.

    Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ketua Biro Agama di MPK Lumut II, Awang Mohd Noorsuffian bin Haji Yahya. Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian ringkas oleh Haji Khairdon.

    “Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, kita telah menyenaraikan beberapa persembahan pada hari ini, antaranya ialah persembahan dari Kelab Budaya Mukun Selendang Sutera Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh presiden mereka, Awang Irwan Rino bin Nordin.”

    Selain itu, beberapa sumbangan turut diserahkan kepada anak-anak yatim dan warga emas yang berumur 80 tahun ke atas semasa sambutan itu bagi membantu meringankan beban mereka.

    Antara tetamu yang hadir pada majlis sambutan itu. – GAMBAR SERAHAN MPK LUMUT II
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...