Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan katering pintar curi perhatian Olimpik Beijing 2022

    BEIJING, 11 FEB – Perkhidmatan katering di pusat media utama Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dilengkapi pelbagai teknologi pintar, seperti tukang masak robot dan kaedah penghantaran makanan tanpa kontak mencuri perhatian ramai.

    Pendekatan tersebut meminimumkan penggunaan tenaga manusia dalam penyediaan makanan, sekali gus menjamin kesihatan petugas media dan pekerja kantin ketika ancaman COVID-19 masih berleluasa.

    Dengan keluasan kira-kira 3,000 meter persegi, kantin itu dibahagikan kepada zon layan diri dan zon masakan pintar.

    Demi memenuhi keperluan cita rasa berbeza petugas media dari seluruh dunia, kantin pintar itu turut menyediakan pelbagai masakan, termasuk masakan China dan Barat.

    Menurut petugas kantin, Malatang (rebusan pedas) dan nasi daging kaserol antara hidangan paling popular di kantin tersebut.

    Teknologi pintar turut menjadi daya tarikan untuk pihak media merasai sendiri pengalaman menerima layanan robot di kantin itu.

    Pengamal media Poland, Marek Solecki berkata, setiap pelanggan yang berkunjung ke kantin itu pasti kagum dengan elemen berteknologi tinggi yang dipamerkan. – Bernama

    Seorang petugas media mengambil makanan yang dihantar kepadanya menggunakan robot di ruang makan pusat media di Olimpik Beijing 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...