Sunday, January 26, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan biasiswa Aircraft Maintenance Engineer dibuka hari ini

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Permohonan Skim Biasiswa Khas Aircraft Maintenance Engineer bagi sesi akademik 2025/2026 akan dibukakan bermula 25 Januari pada jam 8:30 pagi dan akan ditutup pada 28 Februari, jam 4 petang.

    Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa dalam siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini, mengingatkan kepada pemohon yang berminat untuk menghadapkan borang permohonan (softcopy) yang telah lengkap diisikan berserta dokumen berkaitan melalui e-mel applyscholarship@moe.gov.bn, di samping menghadapkan salinan fizikal (hardcopy) ke Kaunter 3, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Pusat Perkhidmatan Setempat, Blok C, Aras Bawah, Kementerian Pendidikan sebelum atau tidak lewat dari tarikh tutup permohonan.

    Pemohon yang belum memperoleh keputusan rasmi dikehendaki untuk menghadapkan keputusan ramalan (predicted results) yang dikeluarkan oleh sekolah atau institusi masing-masing. Walau bagaimanapun, keputusan permohonan adalah tertakluk kepada keputusan rasmi yang akan diperoleh nanti.

    Borang permohonan dan syarat-syarat boleh didapati melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.

    Untuk pertanyaan lanjut mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan di talian 2380019 pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu, dari jam 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan pada sebelah petang dari pukul 1:30 petang hingga 4:30 petang, atau e-mel ke applyscholarship@moe.gov.bn atau scholarship@moe.gov.bn.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda