Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persidangan guru ASEAN ACT+1 tutup tirai

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Seramai lebih 900 delegasi termasuk rombongan dari Negara Brunei Darussalam yang diwakili oleh ahli-ahli Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik pendidikan semasa Persidangan Majlis Guru-Guru ASEAN +Korea (ACT+1) Ke-38 yang berlangsung di Berkeley Hotel Pratunam, Bangkok, Thailand.

    Persidangan yang bermula sejak 6 September lalu telah menutup tirainya kelmarin di mana para ketua-ketua delegasi yang terdiri dari Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Lao, Singapura, Malaysia, Filipina, Vietnam dan Korea telah menandatangani Resolusi Persidangan ACT+1 Ke-39 pada 2025.

    Yang DiPertua PGGMB, Cikgu Awang Haji Alim menandatangani resolusi persidangan bersama ketua delegasi yang lain.

    Setiausaha Agung PGGMB, Cikgu Haji Mustapa bin Haji Masri menyatakan persidangan berkenaan denga tema Mempromosikan Persekolahan Gembira dan Mampan Dalam Pendidikan adalah sangat signifikan dan relevan bagi para pendidik dan guru untuk meningkatkan serta mempelbagaikan tatacara pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan kepada para pelajar.

    Beliau menambah bahawa kertas-kertas kerja yang dibentangkan oleh setiap wakil dati negara ASEAN telah dapat memberikan pelbagai teknik dan inovasi dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik serta berkualiti.

    Cikgu Haji Mustapa turut menyatakan harapan supaya lebih ramai guru akan mengambil bahagian dalam Persidangan ACT+1 yang akan berlangsung di Filipina pada 2025 nanti.

    Antara ahli PGGMB yang menghadiri persidangan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda