Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pierre Andre ‘diganggu’ akibat guna mayat sebenar hasilkan filem

    Pelakon dan pengarah Pierre Andre masih mengalami pelbagai gangguan mistik selepas terlibat dalam sebuah karya berjudul Paradoks.

    Pierre atau Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 39, berkata, walaupun penggambaran sudah berakhir dua tahun lalu namun pelbagai kejadian menimpanya yang membuatkan dia percaya ada kaitan dengan filem berkenaan. Ini termasuk ketika penggambaran, mereka menggunakan jasad sebenar bagi babak proses awet mayat yang menjadi teras jalan cerita.

    “Dalam filem itu saya juga berlakon selepas tidak dapat senarai pelakon yang dimahukan. Ia kini masih dalam proses untuk disiapkan. Filem tersebut bergenre seram psikologi tentang proses awet mayat (embalmed). Kita gunakan dua mayat sebenar untuk tujuan penggambaran. Selepas itu banyaklah kejadian mistik yang berlaku. Antaranya adalah barang bergerak, botol wangian jatuh dan rasa seperti ada orang berjalan dalam rumah. Kata orang itu adalah roh tidak tenteram dan ikut saya balik,” ceritanya kepada mStar.

    Filem tersebut juga merupakan hasil kerja pertamanya selepas sekian lama menyepi dari industri seni. Pierre kemudian diberi tawaran menjadi pengarah untuk filem Jangan Pandang Belakang 2 yang bakal ditayangkan November tahun ini.

    Kembali aktif dalam dunia seni, Pierre kekal dengan pendirian tidak menggunakan perkhidmatan talian mudah alih meskipun ia satu keperluan masa kini.

    “Saya ada telefon tetapi tiada line. Saya hanya guna untuk rakam gambar dan video untuk saluran YouTube. Kalau nak hubungi saya boleh cari isteri sebab dia uruskan kerjaya saya. Rasa lebih tenang bila tak guna telefon tetapi saya masih ambil tahu perkembangan semasa. Saya akan pinjam telefon isteri untuk melihat sosial media,” ujarnya.

    Dia bagaimanapun tidak menafikan penting bagi seorang selebriti memanfaatkan media sosial bagi tujuan melakukan promosi berkairan karier mereka.

    “Nak jadi pelakon atau selebriti memang perlu ada media sosial untuk jual diri mereka. Namun saya tak anggap diri ini selebriti, saya hanya pengkarya,” jelasnya.

    Filem Jangan Pandang Belakang 2 menampilkan barisan pelakon seperti Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Alif Hadi, Khatijah Tan, Ruminah Sidek dan Cat Farish. – Agensi

    Pierre masih berdepan gangguan mistik. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda