Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PKWE Tutong didedah tentang strok

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Siri Kesedaran Pencegahan Strok dan Pengetahuan Pemulihan (SPARK) yang dikendalikan oleh sekumpulan pelajar perubatan tahun ketiga dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) hari ini diteruskan lagi di Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE), Tutong.

    Acara tersebut bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai strok dan mempromosikan aktiviti fizikal dalam kalangan warga emas untuk mengurangkan risiko strok.

    Acara diisikan dengan soal selidik awal dan saringan tekanan darah yang merupakan kesihatan awal untuk peserta, kuiz dan aktiviti interaktif bagi meningkatkan kesedaran tentang strok, ceramah kesedaran strok, soal selidik untuk menilai pengetahuan yang diperolehi, aktiviti fizikal ringan seperti senaman ringan bagi mempromosikan kesihatan dan pencegahan strok dan banyak lagi.

    Acara seumpama itu merupakan peluang berharga bagi masyarakat untuk mempelajari dan terlibat dalam pencegahan strok.

    Warga PKWE dan pelajar UBD bergambar ramai semasa acara berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    ATAS & BAWAH: Beberapa aktiviti diadakan bersama warga PKWE semasa acara tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda