Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PLN Indonesia, Arab Saudi bina loji tenaga solar terapung 60 MW

    JAKARTA, 19 OGOS – Syarikat elektrik milik negara Indonesia, PT PLN Indonesia (PLN), telah menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat dari Arab Saudi bagi membangunkan loji tenaga solar terapung berkapasiti 60 megawatt di Empangan Saguling, Jawa Barat.

    Presiden Pengarah PLN, Edwin Nugraha Putra, kelmarin berkata projek itu bertujuan untuk memperkukuh sektor tenaga boleh diperbaharui di Indonesia, meminimumkan kesan perubahan iklim, dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

    “Projek ini juga merupakan usaha Indonesia untuk mempercepatkan peralihan tenaga dan menyokong sasaran pelepasan sifar bersih menjelang 2060,” tambahnya.

    Projek itu disasarkan untuk mula beroperasi secara komersial pada Jun 2026.

    Edwin percaya ia akan merangsang pelaburan dan mengukuhkan hubungan antara Indonesia dan Arab Saudi.

    Pada 9 November 2023, Indonesia merasmikan loji tenaga solar terapung Cirata yang dibiayai oleh syarikat berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu, Masdar, meliputi kawasan seluas 250 hektar di Jawa Barat dengan kapasiti puncak 192 megawatt, menjadikannya loji terbesar di Asia Tenggara. – Xinhua

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda