Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis temui dua mayat selepas kejadian banjir

    HALIFAX, NOVA SCOTIA, 25 JULAI – Polis kelmarin mengatakan mereka menemui mayat mangsa yang hilang dan apa mereka percayai adalah mayat individu kedua yang dihanyutkan semasa banjir besar yang melanda Nova Scotia pada hujung minggu lalu.

    Polis Royal Canadian Mounted berkata mereka menemui mayat seorang lelaki berusia 52 tahun dari Windsor, Nova Scotia, semasa pencarian di barat laut Halifax, sementara mayat individu kedua ditemui di pantai di kawasan pasang surut di daerah jiran.

    Empat orang, termasuk dua orang kanak-kanak, telah dilaporkan hilang pada Sabtu apabila dua buah kenderaan mereka dihanyutkan di wilayah perbandaran West Hants.

    Kejadian ribut petir yang bermula pada Jumaat dan berlarutan sehingga hari berikutnya menurunkan kira-kira 250 milimeter hujan di beberapa buah wilayah, menyebabkan kerosakan yang meluas.

    Pegawai wilayah berkata enam batang jambatan musnah dan 19 lagi rosak dan sekurang-kurangnya 50 batang jalan mengalami kerosakan signifikan.- AP

    Dua buah kenderaan ditenggelami air semasa kejadian banjir di Nova Scotia pada 22 Julai.- AP

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda