Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh akibat sekatan antarabangsa terhadap kerajaannya selainisu-isu lain.

    Raisi adalah pemimpin Iran pertama melawat Sri Lanka sejak bekas Presiden Mahmoud Ahmedinejad melawat negara itu pada 2008. Projek yang bernilai AS$514 juta itu telah dimulakan pada 2010 oleh kumpulan kejuruteraan FARAB Iran dan Iran pada mulanya menyediakan AS$50 juta.

    Tetapi pada 2013, pembiayaan tidak dapat diteruskan kerana sekatan antarabangsa terhadap Iran.

    Kerajaan Sri Lanka kemudian memutuskan untuk menyiapkan projek itu dengan dana sendiri menggunakan kontraktor Iran yang sama. Projek itu dijadualkan siap pada 2015 tetapi ditangguhkan oleh sekatan, isu teknikal dan pandemik COVID-19, menurut kerajaan.

    Projek itu akan menambah 290 GWj elektrik setiap tahun ke grid nasional dan mengairi 4,500 hektar tanah baharu dan 1,500 hektar tanah pertanian sedia ada.

    Raisi dan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe akan menyaksikan pemeteraian lima memorandum persefahaman dan dijadual akan mengeluarkan kenyataan bersama. – AP

    Ebrahim Raisi (kiri) disambut oleh Perdana Menteri Sri Lanka, Dinesh Gunawardena ketika tiba di lapangan terbang Antarabangsa Mattala, Sri Lanka, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...