Tuesday, September 17, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Global Classrom luaskan pengalaman pelajar

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Untuk merasai pengalaman pembelajaran yang lebih luas, pelajar-pelajar ijazah dari Kolej IGS, telah menghadiri Program Global Classroom yang mana program direka untuk menyelaraskan visi dan misi kolej berkenaan untuk menghasilkan graduan yang kompeten di peringkat global dan memupuk pemimpin inovatif dengan perspektif antarabangsa yang luas.

    Program Global Classroom Kuala Lumpur diadakan dari 8 September hingga 23 September, sementara Program Global Classroom Brunei Darussalam pula berlangsung pada 9 September hingga 11 September.

    Modul program berkenaan menawarkan pengalaman pembelajaran yang akan membina pemahaman yang lebih mendalam tentang amalan perniagaan global, di samping meningkatkan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah serta memupuk kesedaran silang budaya.

    Selain itu, pelajar juga akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembelajaran dinamik yang antara lain bertujuan untuk mengenal pasti trend perniagaan global, mengatasi cabaran, dan mengiktiraf peluang baharu dalam pelbagai industri.

    Di akhir program, para peserta akan membentangkan dapatan mereka melalui pembentangan berkumpulan yang komprehensif yang akan menumpukan kepada pemahaman tentang industri dinamik yang khusus dan pengetahuan aplikasi kepada situasi dunia sebenar, serta menunjukkan keupayaan untuk bertindak secara beretika dan profesional.

    Peluang menarik ini mengukuhkan komitmen Kolej IGS untuk menyediakan pelajar untuk berjaya dalam persekitaran perniagaan global yang semakin saling berkaitan.

    Rombongan pelajar IGS yang menghadiri program Global Classroom Kuala Lumpur.
    Pelajar IGS yang menghadiri program Global Classroom Brunei Darussalam. – GAMBAR SERAHAN IGS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda