Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Tarbiyah beri kefahaman mengenai agama islam

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 3 SEPT – Para mualaf dari seluruh Daerah Belait hari ini telah berkumpul di Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait yang terletak di sepanjang Jalan Maulana untuk menghadiri Program Tarbiyah Bersama Mualaf yang diadakan sempena Ilah HIjrah 1446 Hijrah.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bin Haji Othman selaku Penghulu Mukim Bukit Sawat.

    Program anjuran Pusat Dakwah Islamiah (PDI) ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan panduan kepada golongan yang baharu memeluk agama Islam melalui penyebaran maklumat tentang aqidah Islam.

    Ia dilakukan melalui ceramah yang diadakan sebagai sebahagian daripada program bertajuk Menjauhi Amalan Khurafat dan Tahayul yang diketuai oleh fasilitator jemputan dari Unit Akidah dan Kawalan Agama Bahagian Penguatkuasaan Agama, Jabatan Hal Ehwal Syariah di Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Yang Berhormat Haji Mohd Salleh hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan.
    Antara saudara baharu yang hadir semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda