Monday, November 11, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif, STE Infosec tandatangan perjanjian kerjasama

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Progresif Sdn Bhd, sebuah syarikat telekomunikasi di Brunei, secara rasminya mengumumkan penandatanganan perjanjian kerjasama dengan ST Engineering Info-Security Pte Ltd (STE Infosec), sebuah syarikat penyelesaian keselamatan siber terkenal dan penyedia perkhidmatan yang berpangkalan di Singapura.

    Perkongsian strategik itu telah diumumkan di luar Persidangan Keselamatan Siber Brunei (CySec) 2024 diadakan di The Empire Brunei pada 18 hingga 19 September baru-baru ini, dengan membawa tema Kewaspadaan Siber dan Kedaulatan Data: Melindungi Horizon Digital.

    Hadir sebagai saksi pada majlis penandatanganan berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Tuan Yang Terutama Laurence Bay bersama Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Shaun Grosse.

    Kerjasama itu menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan Brunei ke arah mempertingkatkan keselamatan digital. Dengan menggabungkan kepakaran tempatan dan infrastruktur telekomunikasi Progresif dengan penyelesaian dan perkhidmatan keselamatan siber termaju STE Infosec, perkongsian ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pertahanan siber Brunei.

    Inisiatif seumpama itu memberikan tumpuan kepada pembangunan bersama dan operasi penyelesaian termaju keselamatan siber, termasuk perkhidmatan Pusat Operasi Keselamatan (SOC). Kerjasama itu bertujuan untuk memanfaatkan kepakaran global sambil memupuk bakat domestik, memastikan pemantauan ancaman sepanjang masa, dan melaksanakan mekanisme pertahanan termaju.

    TYT Laurence Bay bergambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN PROGRESIF
    GAMBAR SERAHAN PROGRESIF

    Dengan memperkukuh digital secara berdaya tahan dan memupuk tenaga kerja keselamatan siber yang mahir, Progresif mengambil tindakan proaktif untuk melindungi kepentingan perniagaan dan data pelanggannya dalam landskap digital yang berkembang pesat.

    Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Sdn Bhd, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar, mengulas pada perkongsian itu dengan berkata kerjasama dengan STE Infosec selaras dengan visi Brunei untuk masa depan digital yang selamat.

    “Dengan bergabung tenaga, kita bukan sahaja mengukuhkan pertahanan siber negara kita tetapi juga memupuk inovasi dan pertumbuhan dalam sektor teknologi tempatan,” ujarnya.

    Sementara itu Presiden, Siber untuk STE Infosec, Goh Eng Choon turut berkata keteguhan keselamatan siber adalah penting untuk melindungi data sensitif dan membina kepercayaan dalam era digital kita.

    “Dengan secara proaktif menubuhkan SOC dan memastikan pemantauan ancaman 24/7, kami memperkasakan pelindung siber dengan penyelesaian lanjutan yang diperlukan untuk melindungi apa yang terpenting kepada pelanggan kami. Kerjasama kami dengan Progresif akan meletakkan kedua-dua Progresif dan STE Infosec untuk bersama-sama mengetengahkan keupayaan keselamatan siber termaju kepada pelbagai sektor di Brunei,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda