Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    PRU Thailand: 2.15 juta daftar undi awal

    BANGKOK, 10 APRIL – Kira-kira 2.15 juta rakyat Thailand telah mendaftar untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum 14 Mei.

    Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sawaeng Boonmee berkata seramai 2,153,450 pengundi telah mendaftar sejak pendaftaran dibuka pada 25 Mac dan berakhir kelmarin.

    “Sekitar 2,042,381 rakyat di Thailand mendaftar untuk mengundi awal pada 7 Mei, manakala baki 111,069 lagi warga Thailand yang tinggal di luar negara mendaftar dengan SPR,” katanya.

    Bilangan pengundi awal dijangka bertambah kerana terdapat borang pendaftaran melalui pos yang masih belum tiba di pejabat SPR, katanya.

    Sementara itu, Sawaeng berkata laman sesawang dan aplikasi pendaftaran SPR mengalami gangguan kelmarin, bermula 8 malam hingga 11:45 malam (waktu tempatan) ekoran ramai mendaftar pada saat akhir.

    Kira-kira 52 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab memilih 400 wakil rakyat dan 100 calon party-list akan diputuskan melalui perwakilan berkadar. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...