Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Pasir, debu landa Beijing

    BEIJING, 10 APRIL – Angin ribut, zarah pasir terapung dan debu dijangka melanda Beijing dari Isnin hingga Selasa, kata biro meteorologi Beijing hari ini.

    Di bawah pengaruh udara sejuk dan taufan Mongolia, cuaca pasir dan debu serta angin ribut yang menjejaskan ibu negara China akan berlarutan sehingga petang Selasa, dengan pihak berkuasa cuaca mengeluarkan amaran biru.

    Bermula dari awal pagi hari ini, Beijing mengalami cuaca berdebu. Dengan angin lebih kuat pada waktu petang, kepadatan pasir dan habuk akan meningkat dengan ketara, dengan jarak penglihatan paling rendah 1km hingga 4km, kata Zhang Linna, ketua peramal di Perkhidmatan Meteorologi Beijing.

    Warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai alahan pernafasan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar sebanyak mungkin dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu.

    China mempunyai sistem amaran cuaca berkod warna empat peringkat untuk ribut pasir, dengan merah mewakili yang paling teruk, diikuti oleh jingga, kuning dan biru. – Xinhua

    Pengguna jalan raya menunggang basikal di Huhhot, Inner Mongolia pada 10 April. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...