Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PSB anjur program menjaga, menghargai rekod

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Seramai 40 peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan sektor kerajaan dan swasta dan institusi-institusi pengajian tinggi menghadiri Program Kongsi Ilmu Pemeliharaan dan Pemuliharaan Rekod@penBORNEO di Bangunan Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO), Pusat Sejarah Brunei (PSB), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KBS) hari ini.

    Program anjuran Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO) itu dihadiri oleh Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad, Pemangku Pengetua PSB dan Dr. Mardiah binti Haji Ramli, Pemangku Timbalan Pengetua PSB selaku tetamu khas majlis.

    Program berkenaan dengan tema Hargai Rekod Kitani itu diadakan bertujuan untuk mengongsikan ilmu oleh Awang Ataillah bin Haji Julaihi, Pegawai Pemeliharaan PSB yang diperolehi semasa menjalani penempatan kerja di Bahagian Pemuliharaan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Kuala Lumpur selama sebulan bermula 4 Jun hingga 1 Julai 2023 yang lalu.

    Perkongsian dari salah seorang perserta program berkenaan.

    Melalui perkongsian tersebut, beliau mengongsikan ilmu yang berkaitan dalam bidang pemeliharaan dan pemuliharaan rekod yang dianggap penting untuk diketahui dan dipelajari serta melindungi daripada terus terdedah kepada sebarang kerosakan.

    Adapun program penempatan kerja di luar negara seperti berkenaan merupakan salah satu usaha menjadikan PSB sebagai Pusat Kecemerlangan Sejarah dan Kesultanan Brunei sekali gus memperluas dan mempertingkatkan lagi kemahiran, perkhidmatan, pengetahuan dan kecekapan dalam pelbagai bidang ilmu dan perkembangan profesionalisme dalam kalangan pegawai dan kakitangan, para ahli akademik daripada institusi dan organisasi kerajaan dan swasta.

    Melalui program itu juga, para peserta berkesempatan menyaksikan pameran dan tunjuk cara pendedahan asas pemeliharaan dan pemuliharaan rekod dan berpeluang melawat ke ruang penyimpanan rekod, penBORNEO.

    Antara peserta program sedang mendengar perkongsian yang disampaikan.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda