Friday, November 15, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qatar Masters milik Wang

    DOHA, 31 Jan – Wang Jeung-Hun dari Korea Selatan mensia-siakan pendahuluan tiga pukulan sepanjang malam tetapi menahan rasa gentarnya untuk melakarkan kemenangan tegang dan menarik dalam pertandingan play-off Qatar Master pada Ahad lalu.

    Wang, yang membuat kemunculan pertamanya di Doha, memasukkan putt lima kaki pada lubang pertama untuk mencatatkan kemenangan ke atas Jaco Van Zyl dari Afrika Selatan dan Joakim Lagergren dari Sweden.

    Trio tersebut menamatkan enam belas bawah par untuk mengheret persaingan ke play-off.

    “Saya rasakan begitu hebat, ia benar-benar hebat,” kata Wang selepas itu.

    Dia juga mengakui bahawa ia adalah keadaan paling menggentarkan dirasakannya di atas padang golf.

    Pemain golf dari Korea Selatan, Wang Jeung-Hun bergambar bersama piala kejuaraan Qatar Masters yang dimenanginya di Kelab Golf Doha, Qatar. – AFP

    “Saya merasa gentar pada kedudukan sembilan. Saya terlepas setiap pukulan iron yang saya lakukan.”

    Kejayaan itu adalah pertandingan Jelajah Eropah ketiga Wang dan mengesahkan potensinya yang berkembang ketika dia bersedia digambarkan oleh sebahagian pihak sebagai pemenang Utama masa depan.

    Ia juga meningkatkan peluangnya untuk diletakkan dalam 50 pemain terbaik dunia dan bersaing dalam US Masters pada tahun ini.

    Dia memulakan minggu di Doha dengan ranking ke-60 dunia.

    Dengan kemenangan dihasilkan pada usia 21 tahun dan 144 hari, dia juga menjadi pemain paling muda memenangi pertandingan Qatar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda