Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Quartararo perlu pecahkan dominasi Zarco

    PHILLIP ISLAND, AUSTRALIA, 14 OKT – Juara dunia Fabio Quartararo berkata dia mempunyai peluang untuk beraksi dengan lebih baik selepas tamat di tempat keempat, di belakang Johann Zarco yang dominan dalam sesi latihan kedua yang berangin di Grand Prix Australia, kelmarin.

    Selepas hujan yang lebat reda menjadi hari yang dingin dan kering di Phillip Island, Zarco memecut di litar tepi pantai yang indah dengan lap terpantas satu minit 29.475 saat.

    Pemandu jentera Ducati-Pramac itu, yang masih menagih kemenangan pertama di musim keenam perlumbaan, juga mencatatkan masa terpantas di sesi pertama latihan.

    Marco Bezzecchi dari Itali dengan jentera Ducati, merupakan kedua terpantas, dengan 0.038 saat di belakang, manakala pemandu Honda, Pol Espargaro dari Sepanyol pula merupakan ketiga terpantas di hadapan juara kejohanan Quartararo.

    Quartararo dari Perancis pula lewat 0.139 saat di belakang, namun berkata dia boleh lakukan lebih baik lagi.

    “Hari yang agak baik, pagi ini agak sukar, sesi petang ini lebih baik. Saya gembira untuk berada di dalam kelompok lima teratas dan saya rasa kami akan cuba beberapa perkara besok untuk penambahbaikan,” katanya.

    “Saya rasa saya berlumba dengan baik dan saya mempunyai margin di dalam beberapa selekoh yang boleh membuatkan saya menang, satu per 10 sini dan sana.”

    Quartararo terdesak untuk mencuri mata pada perlumbaan hujung minggu ini selepas hanya mampu mengutip lapan mata daripada tiga perlumbaan terkini. – AFP

    Aksi Johann Zarco dari Perancis dengan jentera Ducati-Pramac, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...