Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Azzmi dilantik ketua jurulatih skuad NSFC musim ini

    SEREMBAN, 23 APRIL – Bekas Ketua Jurulatih Polis Diraja Malaysia FC (PDRM FC), Azzmi Ab Aziz dilantik sebagai Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC) baharu berkuat kuasa 15 Februari lepas.

    NSFC dalam kenyataan memaklumkan jurulatih berusia 49 tahun itu dipilih bagi menggantikan K Devan yang tamat kontrak pada Disember tahun lepas.

    “Dengan pengalaman luasnya dalam arena bola sepak tempatan, pelantikan ini tepat buat pasukan. Beliau terbukti seorang jurulatih yang berwibawa dan mampu membawa pasukan ke tahap lebih tinggi,” menurut kenyataan itu.

    Azzmi pernah membimbing skuad Piala Presiden Negeri Sembisalam lan FC selama tiga musim (2020–2022) sebelum berhijrah ke PDRM FC.

    Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Jurulatih bersama Kedah Darul Aman FC bagi dua musim iaitu pada 2017 dan 2018.

    “Komitmen Azzmi terhadap pembangunan pemain tempatan juga menjadi faktor penting yang menjadi kelebihan beliau. Beliau akan memberikan penekanan kepada pembangunan bakat-bakat tempatan dalam skuad dan membawa mereka ke aras lebih tinggi dalam arena bola sepak tempatan,” katanya.

    Sementara itu Azzmi berkata pemilihan pemain dibuat lebih awal serta beberapa pemain PDRM FC dibawa masuk dalam pasukan.

    “Beberapa pemain lama seperti Nasrullah Haniff Johan, Barathkumar Ramaloo, Muhammad Afiq Fitri Mohd Jefry dan Amirul Hakimi Rosli pernah bersama saya sebelum ini.

    “Dengan sokongan semua pihak, Insya Allah kita dapat persembahkan prestasi lebih baik dan mendapat keputusan positif.” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...