Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat Malaysia disyaki seludup dadah ditahan di Singapura

    SINGAPURA, 10 SEPT – Seorang lelaki warganegara Malaysia, berusia 34 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah ditahan di Singapura selepas pihak berkuasa menjumpai lebih lima kilogram dadah dianggarkan bernilai S$305,000 di dalam kereta yang dipandunya.

    Menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura, lelaki itu ditahan di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada malam kelmarin.

    “Hasil pemeriksaan ke atas kereta yang dipandu suspek, pihak kami berjaya merampas kira-kira 264 gram (g) dadah jenis ‘Ice’, 1.88 kg heroin dan 3.14 kg ganja.

    Dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh kira-kira 1,500 penagih bagi tempoh seminggu,” menurut CNB dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    Siasatan lanjut mengenai kegiatan penyeludupan dadah suspek sedang dijalankan.

    Di bawah undang-undang Singapura, mereka yang didapati bersalah menyeludup lebih 15g heroin tulen (diamorphine), 250g methamphetamine, atau 500g ganja boleh dikenakan hukuman mati mandatori. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda