KUALA LUMPUR, 16 OGOS – Dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa rakyat Palestin yang cedera, selamat tiba di Pangkalan Udara Subang kira-kira pukul 2 petang tadi.
Pesawat pertama mendarat pada pukul 2 petang manakala pesawat kedua mendarat beberapa minit kemudian.
Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, di Kaherah, Mesir malam tadi. Sebaik tiba, semua pesakit dibawa ke hospital medan yang didirikan di hangar pangkalan udara berkenaan bagi saringan kesihatan.
Terdahulu Duta Mesir ke Malaysia, Ragai Nasr memberitahu Bernama bahawa dua pesawat dengan 40 warga Palestin yang cedera dan 80 saudara mereka telah berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza di Kaherah menuju ke Kuala Lumpur, semalam. – Bernama