Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Rangers tunjuk belang, Dortmund hilang arah

    DORTMUND, JERMAN, 18 FEB – Rangers mengukuhkan tempat dalam pusingan 16 terakhir Liga Europa apabila menang 4-2 pada perlawanan pertama pusingan playoff menentang Borussia Dortmund, kelmarin.

    James Tavernier meletakkan Rangers di hadapan menerusi sepakan penalti pada minit ke-38 selepas bola terkena tangan Dan-Axel Zagadou selepas sepakan sudut Rangers.

    Tiga minit kemudian, Dortmund sekali lagi gagal menangani sepakan sudut Rangers apabila Joe Aribo menanduk bola ke dalam kawasan gawang di mana Alfredo Morelos tidak dijaga dan berjaya menjaringkan gol dari jarak dekat.

    Borussia Dortmund menurunkan barisan pemain utama yang sama sewaktu kemenangan selesa di Union Berlin dalam Bundesliga Ahad lalu tetapi bergelut untuk mengatasi Rangers kelmarin.

    Pada separuh masa jurulatih, Marco Rose membawa masuk Youssoufa Moukoko dan Giovanni Reyna tetapi ia tidak membuat perbezaan serta-merta.

    Empat minit selepas rehat, Ryan Kent, yang menghuru-harakan pertahanan Dortmund sepanjang perlawanan, menggelecek ke kiri dan menemui John Lundstram yang menjaringkan gol dengan rembatan kencang untuk gol ketiga Rangers pada minit ke-11 separuh masa kedua.

    Dua minit kemudian, Jude Bellingham merapatkan kedudukan untuk pasukan tuan rumah menerusi rembat kaki kiri yang tajam.

    Tetapi dua minit kemudian, Rangers menjaringkan gol sekali lagi apabila Zagadou, cuba menghalang Morelos daripada satu lagi gol, menepis bola ke gawang sendiri.

    Pedro Guerreiro mengejar kedudukan ketika berbaki lapan minit melalui kaki kiri jarak jauh yang padu. – AFP

    Aksi Raphael Guerreiro dan Scott Arfield bersaing untuk mendapatkan bola dalam perlawanan antara Borussia Dortmund dan Rangers kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...