Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Raven BWN sertai kejohanan dodgeball Asia Pasifik

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI– Raven BWN hari ini berlepas ke Kuala Lumpur Malaysia dengan menghantar seramai 16 orang pemain dodgeball bagi menyertai kejohanan Dodgeball Asia Pasifik di Kuala Lumpur Malaysia pada 25 hingga 28 Mei ini.

    Raven BWN akan menyertai satu kategori sahaja iaitu, kategori lelaki.

    Menurut Rashid Julaihi, mereka akan menghantar dua pasukan iaitu pasukan Raven Dasuke dan Raven One untuk pertandingan berkenaan.

    Menyentuh mengenai latihan, menurutnya, pasukan berkenaan telah mula membuat persiapan sejak bulan November 2022 yang lalu dan ini merupakan kali pertama pasukan Raven One menyertai perlawanan di luar negara.

    Beliau juga berharap pasukan berkenaan akan dapat memberikan yang terbaik demi mengharumkan nama negara melalui sukan berkenaan.

    Pasukan Raven BWN sebelum berlepas ke Kuala Lumpur Malaysia.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...