Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Remaja Florida tangkap 28 ekor ular sawa Burma

    MIAMI, 26 OKT – Seorang remaja Florida Selatan berusia 19 tahun menangkap 28 ekor ular sawa Burma semasa pertandingan 10 hari yang direka untuk meningkatkan keseda-ran tentang ancaman ular invasif terhadap ekologi negeri.

    Matthew Concepcion adalah antara 1,000 peserta dari 32 negeri, Kanada dan Latvia yang menyertai cabaran tahunan itu, yang menangkap 231 ekor ular sawa yang tidak diingini, kata Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida dalam satu kenyataan berita.

    Atas usahanya, Concepcion telah dianugerahkan Hadiah Utama Ultimate sebanyak $10,000 ihsan Yayasan Bergeron Everglades. Dustin Crum memenangi hadiah utama $1,500 kerana menangkap ular sawa terpanjang, berukuran lebih 11 kaki (3.3 meter).

    Awal tahun ini, sepasukan ahli biologi mengangkut ular sawa Burma paling berat yang pernah ditangkap di Florida. Berat ular sawa betina itu 215 paun (98 kilogram), panjangnya hampir 18 kaki (5 meter) dan mempunyai 122 telur yang sedang menetas, menurut Conservancy of Southwest Florida. Ular sawa Burma tidak dilindungi kecuali oleh undang-undang anti-kekejaman Florida, jadi para peserta perlu mendokumentasikan bahawa setiap seekor dibunuh secara berperikemanusiaan.

    Concepcion memberitahu South Florida SunSentinel bahawa dia telah memburu ular sawa selama kira-kira lima tahun, dan biasanya mencarinya pada waktu malam kerana ketika itulah ia aktif, mencari kehangatan jalan raya. Dia menggunakan lampu kenderaannya untuk mengesannya.

    Bagaimanapun, tahun ini, dia hanya melihat seekor di jalan raya di Everglades, jadi dia menukar strategi.

    “Saya bekerja di tambak, menangkap beberapa ekor anaknya, dan seperti, ‘Ini mungkin tiketnya!’ Jadi setiap malam sejak itu, saya pergi ke sana sebelum matahari terbenam hingga matahari terbenam,” katanya. – AP

    Gambar fail menunjukkan seekor ular sawa Burma ditangkap semasa sesi demonstrasi tangkapan di Miami. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...