Tuesday, September 17, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan penyokong tuntut pembebasan Imran Khan

    ISLAMABAD, 9 SEPT – Ribuan penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan, berhimpun di pinggir ibu negara, Islamabad kelmarin, menuntut pembebasannya.

    Beliau telah dipenjarakan selama lebih setahun berhubung lebih 150 kes polis.

    Khan, saingan utama Perdana Menteri semasa, Shehbaz Sharif, kekal sebagai tokoh popular walaupun terdapat kes-kes tersebut, yang dikatakan oleh pengkritik dan partinya bermotifkan politik. Beliau digulingkan pada tahun 2022 melalui undi tidak percaya di parlimen.

    Perhimpunan kelmarin, yang merupakan salah satu perhimpunan terbesar tahun ini oleh parti pembangkang pimpinan Khan, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), diadakan secara aman, walaupun polis sempat bertempur dengan beberapa aktivis.

    Jurucakap Khan, Zulfi Bukhari, mengecam tindakan polis terhadap penyokongnya yang ‘aman’, dalam satu kenyataan.

    Terdahulu, pihak berkuasa telah menyekat jalan-jalan utama dengan meletakkan kontena perkapalan bagi menghalang penyokongnya daripada menghadiri perhimpunan tersebut. – AP

    Penyokong PTI menyertai perhimpunan di pinggir ibu negara, Islamabad, Pakistan, pada 8 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda