Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    RM79.7 juta laksanakan Program Pengedaran Barang Perlu, Community Drumming

    KINABATANGAN, 29 JULAI – Kerajaan telah memperuntukkan RM79.7 juta setakat ini untuk melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu, Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Community Drumming di Sabah, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

    Beliau berkata program berkenaan telah dilaksanakan di 71 zon yang melibatkan 219 kawasan pengedaran serta 654 point of sale atau tempat jualan.

    “… ini telah memberi impak positif kepada lebih 529,948 populasi di negeri ini, manakala di Sandakan program yang melibatkan 19 zon meliputi 51 kawasan ini bukan sahaja memanfaatkan 109,314 penduduk luar bandar, tetapi juga golongan peniaga kecil,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lesen Barang Kawalan Berjadual (CSA) untuk pengoperasian secara rasmi Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming bagi Zon Abai, Kinabatangan, dekat sini hari ini.

    Armizan berkata kerajaan memperluas pelaksanaan program berkenaan dengan menambah dua lagi zon baharu di Sabah iaitu Zon Abai, Kinabatangan dan Zon Gana, Kota Marudu.

    Beliau berkata pemilihan Kampung Abai sebagai zon baharu pelaksanaan program terbabit adalah untuk memastikan 350 penduduk di kawasan itu mempunyai akses kepada barang perlu, barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi dengan harga yang sama seperti di bandar Sandakan.

    “Barangan terlibat antaranya beras, gula putih bertapis, tepung gandum, minyak masak, LPG, petrol RON95 dan diesel ke kawasan pedalaman dan luar bandar yang tersenarai. – Bernama

    Datuk Armizan Mohd Ali hadir sempena Town Hall Rakyat yang di hoskan oleh artis Fikry Ibrahim di Kumpulan Karangkraf pada 26 Julai lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda