Friday, September 13, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Roglic menang peringkat keempat Vuelta a Espana

    MADRID, 21 OGOS – Primoz Roglic membuktikan dia telah pulih sepenuhnya daripada kemalangan yang menamatkan Tour de France beliau dengan kemenangan peringkat keempat di Vuelta a Espana kelmarin.

    Pemenang Vuelta tiga kali itu berjaya menakluki pendakian yang menakutkan di Pico Villuercas untuk mengukuhkan peluangnya meraih kemenangan keempat yang menyamai rekod dalam salah satu daripada tiga Grand Tours berbasikal.

    Pelumba veteran Slovenia itu, yang disokong dengan baik oleh rakan sepasukannya di Red Bull-Hansgrohe, berjaya mengejar dua pelumba di atas pendakian sukar sepanjang 14.6km dengan kecerunan 16 peratus sepanjang 5km terakhir.

    Roglic meraih ganjaran atas usahanya dengan mengambil alih jersi merah sebagai pemimpin perlumbaan itu.

    Dia mendahului Joao Almeida dari pasukan UAE dengan lapan saat dalam klasifikasi umum.

    Dalam perebutan terdesak untuk ke garisan penamat, Lennert Van Eetvelt mengangkat tangannya sebagai tanda kemenangan namun Roglic merampasnya pada saat akhir, dengan Almeida berada di tempat ketiga.

    “Saya selalu berkata, awda tidak pernah tahu bila kemenangan terakhir itu, jadi saya hanya menikmatinya,” kata pemenang hari itu yang terpaksa menarik diri dari Tour de France bulan lalu sebelum peringkat ke-13.

    “Begitulah kehidupan. Ia tidak sentiasa naik, kami menghadapi cabaran. Saya hanya gembira hari ini dengan cara pasukan bekerja dan bahawa saya dapat menamatkannya di penghujung,” tambahnya.

    Banyak pesaing gelaran yang berkeliaran di lereng gunung ketika Roglic membuat kenyataan jelas tentang peluangnya untuk menambah kemenangan Vuelta pada 2019, 2020 dan 2021 serta menyamai Roberto Heras sebagai pelumba paling berjaya dalam perlumbaan itu. – AFP

    Aksi Roglic (kanan), memenangi peringkat keempet jelajah berbasikal La Vuelta a Espana di wilayah Caceres pada 20 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda